May 7, 2011

KONSERT IKTIRAF PENTAS BELIA FELDA KETENGAHKAN BAKAT







8 Mei 2011, KUANTAN - Lebih 3000 warga Felda membanjiri Padang Perbandaran DARA, Chini bagi menyaksikan Konsert Malam Iktiraf, di sini pada Sabtu.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Chini Dato' Abu Bakar Harun dan isteri Datin Rozana Patin Abdullah.

Selain persembahan daripada pemenang battle of the band dan karaoke Hari Ikatan Hati warga Felda, pengunjung juga turut dihiburkan dengan penampilan istimewa artis Malaysia iaitu Renggo dari kumpulan Arrow.

Persembahan menarik daripada Ikatan Seni dan Kebudayaan Anak Felda (Iskaf) dan Johan Pertandingan Santai Hujung Minggu RTM Pahang Yasmin Nadira Akila juga menghiburkan penonton yang hadir.

Turut diadakan ialah majlis penyampaian hadiah bagi acara sukaneka warga Felda dan cabutan bertuah berupa lembu dan hamper.

Johan dan naib johan Pertandingan Karaoke Terbuka dimenangi oleh peserta daripada Chini 5 iaitu Nurul Suhada Ibrahim dan Tajudin Sulaiman, sementara tempat ketiga dimenangi oleh Shafira Roslan daripada Chini Timur 2.

Bagi pertandingan battle of the band, kumpulan Leaf Tirana daripada Chini 5 muncul johan, kumpulan Xcellent daripada Chini 4 mendapat naib johan dan tempat ketiga peserta daripada Chini 4 iaitu kumpulan Six Glass.

Aktiviti hari terakhir Karnival Iktiraf hari ini dipenuhi dengan pelbagai pertandingan dan acara sukan yang melibatkan penyertaan daripada kesemua 42 Persatuan Belia (MBFM) Wilayah Kuantan.

Antaranya ialah pertandingan futsal lelaki, bola jaring, takraw, explorace, battle of the bands dan pertandingan “Suara Azan”.

Turut diadakan ialah pertandingan Jom Memasak Bersama Gas Petronas, kompang berirama, program senam seni 1 Malaysia dan pertandingan “AutoShow” terbuka.

Bagi mencungkil bakat nyanyian warga Felda, satu pertandingn yang diberi nama Felda Idol juga turut diadakan dengan penyertaan 18 peserta mewakili 42 Persatuan Belia (MBFM) Wilayah Kuantan.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah Program Karnival Iktiraf 2011 Peringkat Felda Wilayah Kuantan dijadual akan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Adnan Yaakob pada pukul 5 petang ini.

Sementara Malam Keseniaan Dan Kebudayaan dijadualkan berlangsung malam ini sebagai acara penutup Karnival Iktiraf 2011 Wilayah Kuantan di Chini.

-END

1 comment:

  1. Dichini is a leading company in all over the world and selling motorcycle leather apparel, best Motorcycle Apparel Store with quality Motorbike Leather Jacket, Dichini Motorcycle Leather Gloves, Motorbike Leather Suitjacket and suits.

    ReplyDelete