Jul 17, 2010

Pesta Wau Jemputan Antarabangsa Kelantan 2010







PESTA WAU ANTARABANGSA 2010 PERKENAL BEBERAPA ACARA BARU

Bachok, Kelantan - Beberapa acara baru diperkenalkan pada Pesta Wau Antarabangsa 2010 yang berlangsung di Pantai Irama, Bachok, Kelantan bermula pada 15 hingga 18 Julai.

Acara terbaru yang diperkenalkan seperti acara wau endurance (tahan lama), pertandingan wau atas perahu dan menerbangkan 1,000 wau/laying-layang secara serentak. Pesta Wau yang masuk edisi ke-28 adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan, Pelayang Negeri Kelantan dan Majlis Pelayang Malaysia.

Pesta Wau Antarabangsa 2010, telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan Datuk Haji Takiyuddin Bin Hassan. Menurut Datuk Takiyuddin, pesta wau tahun ini adalah berkonsepkan kepada pertandingan di peringkat kebangsaan serta persembahan wau layang-layang besar dan kecil di peringkat tempatan dan jemputan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment